Saya adalah seorang ibu yang menyusukan anak saya sepenuhnya.... alhamdulilah masih lagi bertahan selama 11 bulan ni... saya ingin berkongsi dengan anda apa yang saya rasa, saya fikir dan saya alami dan pengalaman saya tentang penyusuan sepenuhnya...
Cerita penyusuan ni bermula bila saya mengandung anak perempuan saya masa tu rasanya 6 @ 7 bulan... mendengar cerita kawan-kawan saya tiba-tiba naik takut, takut anak saya tidak mahu minum susu ibu kerana ada ibu yang berkata anak mereka menutup mulut apabila hendak diberikan susu badan... mendengar cerita tersebut saya telah bercakap dengan anak saya ketika dalam perut... "sayang.. nanti minum susu mama jugak tau" masa tu dengan niat hendak campurkan susu badan dan tepung...ketika itu saya mengaku saya kurang pengetahuan dan kurang pengalaman...
Pada tanggal 6 Julai 2010, saya telah selamat melahirkan bayi perempuan saya...pada pukul 10.30am melalui pembedahan.. dan saya alah pada ubat bius.. satu hari saya terlantar dan tidak sedarkan diri.. tak makan.. tak minum... pada jam 9.00 malam baru la saya boleh buka mata dan berbual dengan suami saya... satu hari saya tidak dapat melihat dan memegang anak saya... hanya dapat melihat gambar di telefon bimbit suami... esok pagi-pagi jururawat telah menghantar Ilya Safea ke bilik saya... buat pertama kali saya telah menyusukan dia.. memang seronok sangat... kerana kurang pengetahuan saya telah takut susu tidak keluar dengan jumlah yang banyak dan takut Safea tidak mendapat susu yang cukup.. saya telah meminta jururawat menyediakan susu formula untuk diberikan kepada dia... kuasa Allah.. selepas dapat merasa susu ibu, walaupun sedikit.. Safea dengan sendiri telah menyemburkan susu formula tersebut ke muka saya.. sejak dari saat itu... susu formula bukan pilihannya...
Perasaan risau dan redha bercampur baur... risau Safea tak cukup susu, risau nak tinggalkan dia macam mana nanti.. takut pengasuh tak mahu menjaga.. leceh nak memberi susu yang harus disimpan dipeti sejuk, dipanaskan.. dan disejuk beku dan sebagainya... Semasa dalam pantang, terus terang saya katakan saya tidak pam susu untuk dijadikan stok.. saya TIDAK TAHU... dalam pantang saya asyik membeli susu formula untuk dicuba dan diberikan kepada Safea, mencari yang mana sesuai... tapi satu pun tak berjaya membuatkan Safea minum... dia hanya akan minum susu mama...
Bila difikirkan semula.. adakah kerana perbualan saya dengan dia dulu... atau kerana suami yang tidak boleh bau dan minum susu formula..
DUGAAN
Sememangnya menyusukan anak memang dugaannya hebat... sangat-sangat hebat... dari segi fizikal, emosi tapi yang paling hebat adalah MENTAL...
1. Susu haruslah dipam ketika kita tidak penat, mental harus tenang... emosi jugak begitu.. tak boleh marah.. tidak boleh stress...
2. Bila orang sekeliling yang memberikan cadangan yang tidak selari dengan kita dan penyusuan... nasihat saya tetap iman dan pendirian... kuatkan mental... jangan goyang... percaya dengan apa yang kita buat... tanya pada mereka yang menyusu anak mereka sepenuhnya... anda boleh dengar tapi jangan ikut nasihat mereka yang tidak menyusu anak mereka sepenuhnya...
4. Susu ibu sudah cukup semuanya.. tak perlu ditambah apa-apa... Allah swt sudah beri sesuatu yang sangat- sangat hebat... bila ada yang mencadangkan disulamkan dengan air kosong...itu TIDAK PERLU...
5. Masa.. yelah kita ibu berkerjaya.. ramai yang rasa menyusahkan bila kita hendak bekerja nanti... dan menyediakan susu/ stok... mula-mula memangla rasa payah.. tapi lama kelamaan semuanya akan menjadi rutin.. bila kita sayang anak kita dan nak berikan yang terbaik... InsyAllah semua akan menjadi senang dan Allah swt akan cuba mempermudahkan segala-galanya...
NASIHAT
1. Banyakkan bersabar...
2. Percaya dengan kehebatan susu ibu yang telah diciptakan oleh Allah swt..
3. Kalau kurang pasti tentang sesuatu perkara... rajin la bertanya kepada sumber yang betul... jangan buat kesimpulan sendiri.. atau baca maklumat/ info mengenai susu ibu.. sekarang sudah banyak sumber untuk membantu kita... contohnya.. www.babycenter.com/.my, susuibu.com, buku tulisan wardina safiyyah "mama saya lapar"juga bagus untuk dijadikan rujukan...
SAYA MERAYU KEPADA IBU DAN BAKAL-BAKAL IBU.. BERTAHAN LAH MENYUSUKAN ANAK ANDA SEHINGGA MEREKA 6 BULAN... jika tidak mahu sehingga 2 tahun... TERLAMPAU BANYAK KEISTIMEWAAN, KELEBIHAN SUSU IBU yang tidak dapat saya kongsikan semua disini...
Saya dahulu pun seperti anda.. kurang pengetahuan, kurang pengalaman... tapi saya amat bersyukur kepada ILYA SAFEA kerana ajar saya dan sedarkan saya tentang KEHEBATAN susu ibu ini... saya juga lalang.. tapi saya berubah sedikit demi sedikit...

No comments:
Post a Comment