Thursday 19 July 2012

UBAT HATI... HATI ADALAH SEGALANYA...

Di sini saya ingin berkongsi sedikit hasil bacaan saya...

MELALUI EKSPLORASI HATI...


Hati berperanan sebagai raja di dalam tubuh badan kita. Jika hati baik maka baiklah semua panca indera hasil melakukan perbuatan yang baik. banyak kejahatan di atas muka bumia ini berpunca daripada hati yang sakit...

Kita hendaklah MELATIH hati agar menjadi jernih dan sukakan kebaikan. Laluilah proses mengubat dan mendidik hati jika hati anda telah terlibat dengan aktiviti buruk. Hati yang ROSAK berpunca daripada AKTIVITI LIDAH, MATA dan PERUT

Hati yang telah berjaya diubati perlu disuburkan pula dengan sifat-sifat mahmudah sperti TAUBAT, TAKUT kepada ALLAH swt, ZUHUD, SABAR, SYUKUR, IKHLAS, TAWAKKAL, BERKASIH SAYANG, REDA dan selalu mengingati MATI

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
 "Yang dinamakan kekayaan itu bukanla banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenarnya  ialah kekayaan hati (jiwa)"  - (Riwayat Abu Ya'la)

    4 KUNCI MENJAGA HATI...

  1. MENJAGA PERUT
  2. MENJAGA MATA           
  3. MENJAGA KEMALUAN
  4. MENJAGA LIDAH



DOA MEMOHON KELAPANGAN HATI

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan permudahkanlah bagiku tugasku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku agar mereka faham perkataanku."

(Surah Taha : 25-28)

Monday 13 June 2011

AKHLAK PEMBERI HUTANG

  • Digalakkan mengadakan surat perjanjian jika melibatkan angka yang besar
  • Memberi tempoh untuk membayar hutang tersebut.
  • Jika berkemampuan dan ingin menolong, sebahagian daripada hutang dihalalkan sahaja.
  • MEMBERI HUTANG IKUT KEMAMPUAN SENDIRI
  • Jauhi daripada menghulurkan pinjaman jika orang yang ingin berhutang dipastikan ingin melakukan perkara yang haram seperti minum arak, judi, dan majlis yang berlawanan dengan syarak.
  • Berterus terang tentang keperluan sendiri
  • Berkata dengan lembut tanpa mengugut.
  • Berdoa agar orang yang berhutang itu dimurahkan rezeki dan dilembutkan hati oleh Allah agar senang membayar hutangnya.

IMPLIKASI LIAT MEMBAYAR HUTANG

  • Putusnya hubungan silaturrahim antara dua orang sahabat
  • Timbulnya permusuhan
  • Dirundung rasa malu
  • Membawa cela kepada agama
  • Menimbulakan kehinaan
  • Belajar menipu bila sukar menjelaskan hutang
  • Penghutang akan sering dilanda rasa risau dan bersalah
  • Penganiayaan terhadap pemberi hutang apabila hutang yang diberikan dalam jumlah yang besar. Kadangkala wang yang diserahkan kepada penghutang adalah simpanan keperluan masa hadapan.
  • Jika berhutang dengan institusi kewangan yang tidak sah, akan diburu oleh institusi kewangan tersebut atau bahasa terkini ialah 'along'.
  • Tidak akan masuk syurga.

Monday 30 May 2011

The WRONG WORD Dictionary


Assume vs Presume
Assume   = to take for granted without evidence
Presume = to take for granted, usually because evidence 
                  exists
Assure vs Ensure vs Insure
Assure  = to make confident or promise something
Ensure = to make certain something will happen 
Insure  = to buy insurance 

Award vs Reward 
Award   = something given as a prize
Reward = something given for a good deed or service 

Canvas vs Canvass
Canvas   = the cloth used in tents or sails, or what painters 
                 use
Canvass = is getting political support from voters 

Cheap vs Inexpensive
Cheap          = describe something that has a low price and 
                       is of low quality
Inexpensive = low cost 

Heroin vs Heroine
Heroin   = A Drug 
Heroine = the principal female character in a novel, poem, 
                or drama. it can also refer to a woman noted for 
                courage, daring action or special achievement...

Personal vs Personnel
Personal   = private
Personnel = a group of people, usually all of whom are part 
                   of the same organization

Principal vs Principle
Principal = as an adjective, means foremost
                 as a noun , it is the head of school or amount of   
                 money borrowed
Principle = a noun that refers to law or personal conviction

Unaware vs Unawares
Unaware = an adjective that means not being aware of 
                  something
Unawares = an adverb meaning by surprise or unexpectedly 

Quiet vs Quite
Quiet = silence
Quite = really or close

A SHORT PARAGRPH : RECYCLING....



 A short paragraph written by my student....

 Recycling is a good practice to save the environment because the BICYCLE cannot secretes the carbon like a MOTORCYCLE, when the human respiration, we can get the good oxygen. Another that, bicycle is good to choice because bicycle can make the human healthy. If everyday all of human can exercise with a bicycle all of human still happy and healthy. The bicycle can decrease a factor of accident because all of human recycling the bicycle beware all of motorcycle and car. Conclusion, Recycling is a good choice to transport go to school or another that.  

 Recycling = X bicycle or motorcycle... :(

RECYCLE




MOTORCYCLE

Susu Mama...


 Saya adalah seorang ibu yang menyusukan anak saya sepenuhnya.... alhamdulilah masih lagi bertahan selama 11 bulan ni... saya ingin berkongsi dengan anda apa yang saya rasa, saya fikir dan saya alami dan pengalaman saya tentang penyusuan sepenuhnya... 

Cerita penyusuan ni bermula bila saya mengandung anak perempuan saya masa tu rasanya 6 @ 7 bulan... mendengar cerita kawan-kawan saya tiba-tiba naik takut, takut anak saya tidak mahu minum susu ibu kerana ada ibu yang berkata anak mereka menutup mulut apabila hendak diberikan susu badan... mendengar cerita tersebut saya telah bercakap dengan anak saya ketika dalam perut... "sayang.. nanti minum susu mama jugak tau" masa tu dengan niat hendak campurkan susu badan dan tepung...ketika itu saya mengaku saya kurang pengetahuan dan kurang pengalaman...

Pada tanggal 6 Julai 2010, saya telah selamat melahirkan bayi perempuan saya...pada pukul 10.30am melalui pembedahan.. dan saya alah pada ubat bius.. satu hari saya terlantar dan tidak sedarkan diri.. tak makan.. tak minum... pada jam 9.00 malam baru la saya boleh buka mata dan berbual dengan suami saya... satu hari saya tidak dapat melihat dan memegang anak saya... hanya dapat melihat gambar di telefon bimbit suami... esok pagi-pagi jururawat telah menghantar Ilya Safea ke bilik saya... buat pertama kali saya telah menyusukan dia.. memang seronok sangat... kerana kurang pengetahuan saya telah takut susu tidak keluar dengan jumlah yang banyak dan takut Safea tidak mendapat susu yang cukup.. saya telah meminta jururawat menyediakan susu formula untuk diberikan kepada dia... kuasa Allah.. selepas dapat merasa susu ibu, walaupun sedikit.. Safea dengan sendiri telah menyemburkan susu formula tersebut ke muka saya.. sejak dari saat itu... susu formula bukan pilihannya...

Perasaan risau dan redha bercampur baur... risau Safea tak cukup susu, risau nak tinggalkan dia macam mana nanti.. takut pengasuh tak mahu menjaga.. leceh nak memberi susu yang harus disimpan dipeti sejuk, dipanaskan.. dan disejuk beku dan sebagainya... Semasa dalam pantang, terus terang saya katakan saya tidak pam susu untuk dijadikan stok.. saya TIDAK TAHU... dalam pantang saya asyik membeli susu formula untuk dicuba dan diberikan kepada Safea, mencari yang mana sesuai... tapi satu pun tak berjaya membuatkan Safea minum... dia hanya akan minum susu mama... 

Bila difikirkan semula.. adakah kerana perbualan saya dengan dia dulu... atau kerana suami yang tidak boleh bau dan minum susu formula.. 

DUGAAN


Sememangnya menyusukan anak memang dugaannya hebat... sangat-sangat hebat... dari segi fizikal, emosi tapi yang paling hebat adalah MENTAL... 

1. Susu haruslah dipam ketika kita tidak penat, mental harus tenang... emosi jugak begitu.. tak boleh marah.. tidak boleh stress... 

2. Bila orang sekeliling yang memberikan cadangan yang tidak selari dengan kita dan penyusuan... nasihat saya tetap iman dan pendirian... kuatkan mental... jangan goyang... percaya dengan apa yang kita buat... tanya pada mereka yang menyusu anak mereka sepenuhnya... anda boleh dengar tapi jangan ikut nasihat mereka yang tidak menyusu anak mereka sepenuhnya... 

3.  Jangan percaya kata-kata orang yang mengatakan susu tidak cukup... percayalah... susu anda akan cukup untuk anak anda... kuatkan minda dan mental anda.... penghasilan susu adalah bergantung kepada kadar anak kita minum... susu ibu TIDAK SAMA dengan susu formula.... kalau 3oz cukup susu formula... susu ibu mungkin kurang dari itu... kerana satu perkara yang saya percaya Allah swt tidak akan mencipta sesuatu yang akan menyusahkan atau memudaratkan umatnya...

4. Susu ibu sudah cukup semuanya.. tak perlu ditambah apa-apa... Allah swt sudah beri sesuatu yang sangat- sangat hebat... bila ada yang mencadangkan disulamkan dengan air kosong...itu TIDAK PERLU...

5. Masa.. yelah kita ibu berkerjaya.. ramai yang rasa menyusahkan bila kita hendak bekerja nanti... dan menyediakan susu/ stok... mula-mula memangla rasa payah.. tapi lama kelamaan semuanya akan menjadi rutin.. bila kita sayang anak kita dan nak berikan yang terbaik... InsyAllah semua akan menjadi senang dan Allah swt akan cuba mempermudahkan segala-galanya...  

NASIHAT 

1. Banyakkan bersabar... 

2. Percaya dengan kehebatan susu ibu yang telah diciptakan oleh Allah swt..


3. Kalau kurang pasti tentang sesuatu perkara... rajin la bertanya kepada sumber yang betul... jangan buat kesimpulan sendiri.. atau baca maklumat/ info mengenai susu ibu.. sekarang sudah banyak sumber untuk membantu kita... contohnya.. www.babycenter.com/.my, susuibu.com, buku tulisan wardina safiyyah "mama saya lapar"juga bagus untuk dijadikan rujukan...


SAYA MERAYU KEPADA IBU DAN BAKAL-BAKAL IBU.. BERTAHAN LAH MENYUSUKAN ANAK ANDA SEHINGGA MEREKA 6 BULAN... jika tidak mahu sehingga 2 tahun... TERLAMPAU BANYAK KEISTIMEWAAN, KELEBIHAN SUSU IBU yang tidak dapat saya kongsikan semua disini... 

Saya dahulu pun seperti anda.. kurang pengetahuan, kurang pengalaman... tapi saya amat bersyukur kepada ILYA SAFEA kerana ajar saya dan sedarkan saya tentang KEHEBATAN susu ibu ini... saya juga lalang.. tapi saya berubah sedikit demi sedikit... 

Monday 23 May 2011

INTRO OF ME...

Well, this is my first time writing.. and I guess it won't be that simple and easy... not a good writer but will try to be one... hehehhehehehee....

Basically, I am a wife, a mother and an educator... what you are going to see are the things that I love to do... have to stop for a while because of commitment and time... but the passion and love towards creative things will never end...















PICTURES ABOVE 
multi purpose envelope....