Thursday, 19 July 2012

UBAT HATI... HATI ADALAH SEGALANYA...

Di sini saya ingin berkongsi sedikit hasil bacaan saya...

MELALUI EKSPLORASI HATI...


Hati berperanan sebagai raja di dalam tubuh badan kita. Jika hati baik maka baiklah semua panca indera hasil melakukan perbuatan yang baik. banyak kejahatan di atas muka bumia ini berpunca daripada hati yang sakit...

Kita hendaklah MELATIH hati agar menjadi jernih dan sukakan kebaikan. Laluilah proses mengubat dan mendidik hati jika hati anda telah terlibat dengan aktiviti buruk. Hati yang ROSAK berpunca daripada AKTIVITI LIDAH, MATA dan PERUT

Hati yang telah berjaya diubati perlu disuburkan pula dengan sifat-sifat mahmudah sperti TAUBAT, TAKUT kepada ALLAH swt, ZUHUD, SABAR, SYUKUR, IKHLAS, TAWAKKAL, BERKASIH SAYANG, REDA dan selalu mengingati MATI

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
 "Yang dinamakan kekayaan itu bukanla banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenarnya  ialah kekayaan hati (jiwa)"  - (Riwayat Abu Ya'la)

    4 KUNCI MENJAGA HATI...

  1. MENJAGA PERUT
  2. MENJAGA MATA           
  3. MENJAGA KEMALUAN
  4. MENJAGA LIDAH



DOA MEMOHON KELAPANGAN HATI

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan permudahkanlah bagiku tugasku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku agar mereka faham perkataanku."

(Surah Taha : 25-28)